PenyataKita Beli · RM49

Dokumen masuk dalam Gmail.Terus tersusun dalam Google Drive.

PenyataKita menyimpan penyata bank dan bil anda daripada Gmail ke dalam folder Google Drive yang kemas, secara automatik. Bayaran sekali sahaja, tiada langganan, dan berjalan sepenuhnya dalam akaun Google anda sendiri.

Apa yang berlaku apabila penyata masuk dalam Gmail anda

m2u@stmts.maybank2u.com.my 1 PDF dilampirkan
  • Penyata/
  • Bank/
  • Simpanan Maybank/
  • Maybank Savings_2026-08.pdfmasih berkunci
  • Utiliti/
  • TNB/
  • TNB_2026-08.pdfmasih berkunci
Dapatkan Sheets sekarang

Bayar sekali sahaja, tiada langganan. Pautan Sheet dihantar terus ke e-mel anda.

#1 — Adakah ini selamat?

Tiada apa yang anda simpan di sini sampai kepada kami.

Sistem minta akses e-mel? Mesti anda rasa ragu-ragu, kan? Jangan risau, ini penjelasan tentang apa yang skrip ini buat — dan apa yang ia tak akan buat.

Tiada pelayan (server)

Skrip berjalan dalam akaun Google sendiri. Kami tidak mengendali backend, pangkalan data, atau log masuk. Tiada tempat untuk data anda dihantar.

Penyata kekal berkunci (password locked)

Maybank, CIMB, HSBC dan Standard Chartered semuanya menghantar PDF yang dilindungi kata laluan. PenyataKita memindahkan fail tanpa membuka fail. Fail masuk dalam Drive dalam keadaan masih memerlukan kata laluan yang ditetapkan.

Tiada akaun, tiada log masuk

Selepas bayar, anda cuma copy satu Google Sheet — itu sahaja proses pemasangannya. Skrin seterusnya yang anda lihat ialah skrin kebenaran Google sendiri, bukan borang pendaftaran kami.

Apa yang PenyataKita tidak boleh buat

  • Tidak boleh membaca kandungan dalam penyata anda.
  • Tidak boleh log masuk ke bank anda, atau memindahkan wang.
  • Tidak boleh menghantar, membalas, atau memadam sebarang e-mel.
  • Tidak boleh mengubah atau memadam apa-apa yang sudah ada dalam Drive anda. Ia hanya mencipta folder dan menambah fail.
Secara telus: Skrin kebenaran (permission) Google akan menyatakan bahawa skrip ini memerlukan akses untuk membaca Gmail dan Drive anda.
#2 — Sebelum anda mula

Google akan tunjukkan amaran merah. Inilah sebabnya.

Harap maklum, anda mungkin akan nampak skrin kebenaran Google. Ini perkara biasa untuk mana-mana tool Apps Script yang belum di-verify secara rasmi oleh Google.

Contoh: inilah yang Google tunjukkan kepada anda
Skrin amaran Google 'hasn't verified this app', dengan pautan Go to PenyataKita (unsafe) digariskan merah
  1. "Developer" itu ialah anda

    Lepas copy Sheet, skrip jadi milik akaun anda. Sebab e-mel pada skrin ialah e-mel sendiri.

  2. Klik Advanced, kemudian klik Go to PenyataKita (unsafe)

    "Unsafe" maksudnya belum disahkan Google bukan skrip berbahaya.

  3. Klik Allow — sekali sahaja

    Lepas ni skrip jalan sendiri setiap hari, tanpa anda perlu buat apa-apa lagi.

#3 — Semak dahulu

Adakah bank anda menghantar penyata dalam bentuk lampiran PDF ke e-mel?

Bukan semua bank hantar penyata terus dalam e-mel. Ada yang hantar notis sahaja dan minta kita download sendiri dalam app. PenyataKita cuma boleh simpan PDF yang memang ada dalam lampiran (attachment) e-mel. Jadi, pastikan bank anda hantar lampiran PDF sebelum beli, ya!

Kalau ada penyata dalam hasil carian

  • Copy domain pengirim e-mel: bahagian selepas @. Paste dalam Sheet PenyataKita
  • Guna domain, bukan alamat penuh. Contoh: @maybank2u.com.my

Kalau tiada

  • Semak aplikasi bank anda. Sesetengah bank mungkin perlukan activation untuk hantar e-mel penyata.
  • Kemudian tunggu penyata bulan depan masuk dan copy domain pengirim e-mel.
#4 — Persediaan, kira-kira 10 minit

Tiga langkah, kemudian boleh biar begitu sahaja. Automatik PDF dalam Gmail masuk dalam Drive

  1. Beli & Copy Sheet

    RM49 sekali bayar (tiada langganan). Pautan Google Sheet akan dihantar ke e-mel anda. Terus copy dengan satu klik.

  2. Senaraikan Apa Yang Perlu Dipantau

    Setiap baris mewakili satu akaun: sertakan label (seperti Maybank Savings), domain pengirim, dan jenis akaun (seperti Bank atau Utiliti). Apabila anda menambah baris baharu, sistem akan mengimbas semua penyata sedia ada dalam Gmail anda—bukan sahaja e-mel yang akan datang. Struktur folder akan dijana secara automatik berdasarkan maklumat ini.

  3. Biar Sistem Buat Kerja

    Sistem akan menyemak e-mel sehari sekali dan menyimpan fail baharu. Setiap baris akan memaparkan tarikh terakhir fail disimpan supaya mudah untuk anda pantau.

Apa yang diperlukan

  • Akaun Gmail atau Google Workspace. Akaun yang sama yang digunakan bank anda untuk mengemel.
  • E-mel penyata yang masuk bersama lampiran PDF.

PenyataKita tidak berfungsi dengan

  • Outlook, Hotmail, Yahoo, atau mana-mana servis e-mel bukan daripada Google.
  • Bank yang hanya paparkan penyata dalam aplikasi mereka tanpa PDF melalui e-mel.
#5 — Jawapan kepada soalan anda

Soalan yang sedang bermain di fikiran...

Bolehkah PenyataKita melihat penyata bank saya?

Tidak. Tiada pelayan (server) di pihak kami untuk apa-apa data dihantar keluar. Skrip berjalan atau berkerja dalam akaun Google anda dengan kebenaran anda, dan fail berpindah daripada Gmail ke Drive anda tanpa meninggalkan ekosistem Google.

Betulkah RM49 sekali bayar sahaja? Tiada langganan tersembunyi?

Betul. RM49 sekali sahaja, bukan bulanan, bukan tahunan. Tiada iklan, tiada peringkat berbayar lain. Kos berjalan pun rendah kerana skrip berjalan atas kuota akaun Google pengguna sendiri, bukan kuota kami.

Bagaimana kalau saya tidak berpuas hati selepas membeli?

Sila WhatsApp kami dalam masa 7 hari. Kami akan kembalikan wang anda secara penuh, tanpa sebarang soalan.

Bank mana yang sesuai dengan PenyataKita?

Mana-mana bank sahaja asalkan ada lampiran PDF. Anda cuma perlu masukkan domain pengirim, dicopy daripada e-mel yang ada dalam inbox.

Adakah penyata lama saya akan turut diimbas?

Ya. Semua penyata lama yang sepadan dalam Gmail anda akan diimbas serta-merta sebaik sahaja baris ditambah. Bagi penyata yang terkumpul selama beberapa tahun, imbasan pertama mungkin mengambil masa, namun prosesnya akan berjalan di latar belakang sehingga selesai secara automatik.

Kenapa perlukan akses kepada Gmail dan Drive saya?

Untuk mencari e-mel daripada pengirim yang anda senaraikan, mencipta folder, dan menyimpan penyata ke dalam Google Drive.

Bagaimana pula dengan bil utiliti seperti TNB, Air Selangor, Unifi? Ataupun insurans?

Sama seperti bank: kalau e-mel ada penyata dalam format PDF dilampirkan pada e-mel, tambah satu baris dengan domain pengirim itu dan jenis seperti Utiliti, Insurans atau apa-apa nama yang anda nak.

Bagaimana saya nak hentikan PenyataKita?

Sila klik menu PenyataKita > Hentikan PenyataKita untuk memadamkan semua jadual automatik. Memadam Sheet sahaja tidak memadamkan jadual harian kerana ia berada pada tahap skrip.

Selepas dihentikan, Sheet ini selamat dipadamkan. Untuk membatalkan kebenaran akses sepenuhnya, sila layari myaccount.google.com/permissions. Fail yang telah disimpan dalam Google Drive anda tidak akan terjejas.

Penyata anda, dicopy ke dalam Google Drive sebelum anda lupa.

Sekali bayar, tiada langganan. Boleh buang bila-bila masa kalau tidak berkenan.